Dimaklumkan sistem 1BestariNet telah dipertingkatkan dengan pertambahan fungsi bagi pengemaskinian maklumat murid yang membolehkan setiap sekolah mengimport data murid terkini ke dalam VLE daripada pangkalan data APDM.
Pentadbir VLE di sekolah kini dapat mengimport maklumat murid ke dalam VLE secara pukal melalui fungsi import yang terdapat di dalam aplikasi ‘Users’. Dengan pertambahan fungsi ini, proses import maklumat murid ke dalam VLE dapat dilakukan sendiri oleh Pentadbir VLE di setiap sekolah dengan menggunakan data murid yang diinput...