Microsoft sering menawarkan tempoh masa sokongan yang sangat lama
untuk sistem operasi Windows mereka. Walaubagaimanapun, untuk Windows 8,
ia sedikit berbeza. Perkara ini adalah kerana Windows 8.1 diposisikan
sebagai
Service Pack untuk Windows 8, sekaligus membuatkan sokongan untuk Windows 8 akan berakhir pada minggu ini.

Kemaskini
patch terakhir untuk Windows 8 akan diperkenalkan
pada minggu ini melalui Windows Update, dan selepas itu tiada sebarang
kemaskini akan ditawarkan kepada pengguna sistem operasi berkenaan
sekaligus menjadikan mereka yang masih menggunakannya terdedah kepada
pelbagai ancaman sekuriti.
Untuk mengelak daripada perkara tidak diingini berlaku, pengguna
boleh naik-taraf sistem operasi mereka kepada Windows 8.1 atau Windows
10 secara percuma.
Jika anda masih menggunakan Windows 8, kami mengalakkan anda
menaik-taraf kepada Windows 10 sementara tempoh percuma yang ditawarkan
oleh Microsoft masih tidak berakhir.