Google hari
ini mengumumkan yang mana mereka akan meneruskan sokongan pelayar web
Google Chrome untuk sistem operasi Windows XP sehingga penghujung tahun
2015 ini. Sebelum ini, Google telah mengatakan ia akan menyokong Chrome untuk XP hanya sehingga April 2015 sahaja.
Dengan pengumuman ini, ia mungkin memberikan kelegaan untuk para
pengguna sistem operasi Windows XP. Walaubagaimanapun, pihak Google
turut menekankan yang mana Windows XP telah tidak menerima kemaskini
sekuriti daripada Microsoft untuk tempoh yang lama, membuatkan ia...