Selasa, 27 November 2012

You Tube EDU

MDeC dengan kerjasama pihak Youtube telah menandatangani satu “Memorandum Of Understanding (MoU” pada 9 Oktober 2012 di Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa untuk berkolaborasi dalam platform “YouTube EDU”. Sehubungan dengan itu, MDeC dan YouTube telah mengadakan satu sesi pengenalan “YouTube EDU” yang bertujuan untuk membolehkan pencipta kandungan pendidikan memasarkan dan mempromosikan kandungan pendidikan mereka di laman “YouTube EDU”. Objektif utama taklimat ini ialah untuk berkongsi bagaimana “YouTube EDU” berfungsi sebagai satu platform...

Jumaat, 9 November 2012

SENARAI SEMAK PELUASAN PENGGUNAAN FROG VLE

BTPN Perak sedang melaksanakan penilaian pelaksanaan peluasan Frog VLE bagi Sekolah Champion Negeri Perak. Mohon kerjasama Sekolah Champion agar mengisi Senarai Semak Peluasan Frog VLE Sekolah Champion secara dalam talian melalui portal rasmi BTPN Perak http://btpnperak.moe.edu.my > Laman Utama Status pengisian boleh dilihat melalui portal rasmi BTPN Perak http://btpnperak.moe.edu.my > Laman Utama > 1BestariNet > Senarai Semak Senarai Semak Peluasan Frog VLE Sekolah Champion ini boleh diisi oleh Pengetua/...

Rabu, 7 November 2012

KAJIAN LEASING (PAJAKAN) PERALATAN ICT DARIPADA PIHAK SWASTA

Bahagian Teknologi Pendidikan sedang menjalankan kajian leasing (pajakan/sewaan) peralatan ICT ke BTP/BHG KPM/BTPN/PTPB/PKG/JPN/PPD/SEKOLAH. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap perkhidmatan peralatan ICT secara sewaan. Hasil maklum balas ini akan menjadi input untuk menambah baik inisiatif memanfaatkan penggunaan ICT berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sehubungan itu, kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG...

Page 1 of 4512345Next
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More