Selasa, 27 November 2012

You Tube EDU

MDeC dengan kerjasama pihak Youtube telah menandatangani satu “Memorandum Of Understanding (MoU” pada 9 Oktober 2012 di Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa untuk berkolaborasi dalam platform “YouTube EDU”. Sehubungan dengan itu, MDeC dan YouTube telah mengadakan satu sesi pengenalan “YouTube EDU” yang bertujuan untuk membolehkan pencipta kandungan pendidikan memasarkan dan mempromosikan kandungan pendidikan mereka di laman “YouTube EDU”. Objektif utama taklimat ini ialah untuk berkongsi bagaimana “YouTube EDU” berfungsi sebagai satu platform...

Jumaat, 9 November 2012

SENARAI SEMAK PELUASAN PENGGUNAAN FROG VLE

BTPN Perak sedang melaksanakan penilaian pelaksanaan peluasan Frog VLE bagi Sekolah Champion Negeri Perak. Mohon kerjasama Sekolah Champion agar mengisi Senarai Semak Peluasan Frog VLE Sekolah Champion secara dalam talian melalui portal rasmi BTPN Perak http://btpnperak.moe.edu.my > Laman Utama Status pengisian boleh dilihat melalui portal rasmi BTPN Perak http://btpnperak.moe.edu.my > Laman Utama > 1BestariNet > Senarai Semak Senarai Semak Peluasan Frog VLE Sekolah Champion ini boleh diisi oleh Pengetua/...

Rabu, 7 November 2012

KAJIAN LEASING (PAJAKAN) PERALATAN ICT DARIPADA PIHAK SWASTA

Bahagian Teknologi Pendidikan sedang menjalankan kajian leasing (pajakan/sewaan) peralatan ICT ke BTP/BHG KPM/BTPN/PTPB/PKG/JPN/PPD/SEKOLAH. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap perkhidmatan peralatan ICT secara sewaan. Hasil maklum balas ini akan menjadi input untuk menambah baik inisiatif memanfaatkan penggunaan ICT berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sehubungan itu, kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG...

Selasa, 4 September 2012

READ2012:PANDUAN PENYERTAAN

Langkah 1: Datftar Penyertaaan Anda! -     Lawati laman sesawang www.readtogether.com.my untuk mendaftarkan penyertaan sekolah anda sebelum 30 September 2012. -     JANGAN GUNAKAN ALAMAT P.O. Box. Jika sekolah anda tidak mempunyai alamat surat-menyurat, sila gunakan alamat anda Pusat Kegiatan Guru atau merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri /Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri anda. -     Scholastic akan menghantar Kit READ2012 Sekolah yang terdiri daripada penanda buku, poster, dan lain-lain...

Selasa, 14 Ogos 2012

Program Ziarah Sempena Perayaan Hari Guru Daerah Kerian

Selasa,7 Ogos 2012 - Satu Program Ziarah Sempena Perayaan Hari Guru Daerah Kerian 2012 telah di adakan bagi membantu dan memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban dan kesusahan yang di alami oleh Guru-guru yang sakit serta keluarga bagi guru yang telah meninggal dunia. Program ini diketuai oleh Ketua Sektor Psikologi dan kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri Perak...

Rabu, 8 Ogos 2012

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR

Jumaat, 3 Ogos 2012 - Satu Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR telah diadakan dengan kerjasama Pengerusi Sekolah Kelompok 7 iaitu En.Mokhtar Bin Mat Piah,Guru Besar Sk Dato' Alaudin. Bengkel yang telah bermula pada 31 Julai 2012 - 3 Ogos 2012, Seramai 50 orang murid telah terlibat dalam bengkel ini.Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan teknik yang betul bagi...

Pemantauan BTPN/PKG 2012

Khamis,2 Ogos 2012 - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN) telah melaksanakan Pemantauan di Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol (PKG) bagi memenuhi kehendak Persijilan ISO. Pemantauan yang berlangsung selama 2jam setengah itu telah berjalan dengan jayanya mengikut instrumen yang telah ditetapkan. Tahniah kepada seluruh warga kerja Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol...

Selasa, 31 Julai 2012

Status Terkini Pengisian Data SSQS 2012

Status terkini pengisian data SSQS 2012. Tahniah kepada sekolah yang telah berjaya mengisi data ini dengan 100% pengisian. bagi sekolah yang masih belum mengisi,perlu mengisi dan elakkan mengisi pada saat akhir bagi mengelakkan masalah 'server jam'. Sebarang pertanyaan,sila hubungi Pegawai PKG di talian 05-89041...

Rabu, 18 Julai 2012

Pengisian Semula Data SSQS 2012

Untuk makluman pihak sekolah, data SSQS yang telah di isi pada 6 Julai yang lalu telah terbatal kerana server SSQS telah mengalami masalah teknikal yang amat serius. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu mengisi semula data SSQS dengan menggunakan nombor tag yang baru. Tarikh baru bagi pengisian ini ialah pada 18 Julai - 17 Ogos 2012 bagi zon utara. Sebrang pertanyaan, sila hubungi Pegawai PKG di talian 05-8904163. Segala kesulitan amat dikesali, sekian harap maklum dan terima kas...

Isnin, 16 Julai 2012

Laman Web Rasmi 1BestariNet

Pihak Sekolah boleh layari Laman Web Rasmi 1bestariNet untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai 1BestariNet yang sedang dipasang oleh Pihak YTL Sdn.Bhd. Klik Sini : http://1bestarinet.n...

Jumaat, 13 Julai 2012

PENANGGUHAN PENGISIAN DATA SSQS 2012

Untuk Makluman Pihak Sekolah, Server SSQS telah mengalami kerosakan teknikal di luar jangkaan, Sehubungan dengan itu, pengisian data SSQS 2012 ditangguhkan sehingga akan diberitahu kelak. Segala kesulitan amat dikesali dan sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai PKG di Talian 05-8904163. Sekian,Harap Makl...

Rabu, 27 Jun 2012

Penarafan Sekolah Menggunakan SSQS 2012

Untuk makluman Pihak Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Penarafan Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah dan Pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari. Penarafan ini akan diselaras, dipantau dan dibimbing pelaksanaanya oleh Pegawai di...

Selasa, 5 Jun 2012

Bengkel Pembinaan Portal Joomla Untuk Juruteknik Komputer Sekolah dan PKG

Bengkel Pembinaan Portal Joomla Untuk Juruteknik Komputer Sekolah dan PKG telah di adakan pada 29 Mei 2012 hingga 31 Mei 2012. Seramai 35 orang peserta yang terlibat yang terdiri daripada Juruteknik Komputer Sekolah, PKG serta Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Kerian. Bengkel yang di adakan selama 3 hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada semua peserta...

Jumaat, 20 April 2012

Profile Sekolah 2012 On-Line

Mohon kerjasama semua sekolah kelompok PKG Gunung Semanggol untuk mengisi Profile Sekolah 2012 secara on-line. Mohon Semua Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT untuk menjayakan pengisian ini dengan bantuan Pembantu Tadbir di sekolah. Tarikh Pengisian adalah pada 20 April 2012 hingga 6 Mei 2012.Untuk mula mengisi,sila klik 'Profile Sekolah' pada Pautan Aplikasi di dalam blog ini. Sebelum memulakan pengisian,Guru Penyelaras Bestari  dan Guru ICT perlu memuat Turun dahulu tatacara dan soalan yang akan dijawab di Bahagian Muat Turun dan klik...

Selasa, 17 April 2012

Bahan Pengubalan Format Baru Pemilihan Tokoh Nilam 2012

Untuk makluman Guru Penyelaras Media, Bahan Pengubalan Format Baru Pemilihan Tokoh Nilam boleh di muat turun di dalam blog ini. Untuk muat turun, klik pada menu bar 'Muat Turun' di atas,kemudian pilih 'Nilam'. Sebarang Pertanyaan,sila hubungi PKG di Talain 05-8904163. Sekian,Harap Makl...

Jumaat, 30 Mac 2012

KETIDAKPATUHAN AKTIFKAN 3 ZOOM WIFI (1BESTARINET)

Penolong PPD/Penyelia ICT DaerahPengetua/Guru Besar BerikutBerdasarkan pemantauan Penggunaan Akses Internet melalui kemudahan 1BestariNet, dukacita didapati terdapat sekolah yangTIDAK MEMATUHI jumlah maksimum 3 Zoom sahaja dibenarkan aktif dalam sesuatu masa. Adalah diharapkan senarai sekolah berikut akur terhadap syarat penggunaan Zoom ( 3 Aktif 1 Simpanan). Sehubungan...

Selasa, 21 Februari 2012

Garis Panduan Pemasangan 1BestariNet oleh YTL

Untuk makluman pihak sekolah,pihak syarikat pemasangan1BestariNet iaitu YTL Communications sedang melaksanakan kerja-kerja pemasangan 1BestariNet di sekolah. oleh yang demikian,mohon kerjasama pihak sekolah untuk memberikan kerjasama kepada syarikat tersebut. Pihak sekolah,perlu memahami bahawa projek 1BestariNet adalah projek jalur lebar capaian internet bagi semua sekolah...

Jumaat, 27 Januari 2012

Rekod Penggunaan Pusat Sumber Sekolah

Kepada Guru Penyelaras Media / Guru Pusat Sumber Sekolah kelompok. klik di sini untuk muat turun contoh Rekod Pengggunaan Pusat Sumber Sekolah  yang boleh diguna pakai di pusat Sumber Sekolah. Sekian, Harap Makl...

Rabu, 25 Januari 2012

Cara Mengatasi Masalah Virus ShortCut

Ada 2 cara yang akan ditunjukkan cara untuk mengatasi masalah Virus Shortcut. cara yang pertama adalah melalui command prompt.cara ini sesuai bagi Pendrive atau external hardrive.langkah-langkahnya: 1. buka RUN 2. type CMD 3. taip dalam command prompt tu ---> cd.. dan enter ( perkataan cd dan dua titik) 4. taip lagi cd.. (perkataan cd dan dua titik) 5. kenal pasti pendrive...

Khamis, 19 Januari 2012

Sindiket Penipuan Sebagai Pegawai Sektor ICT JPN

Untuk makluman, sejak akhir-akhir ini terdapat sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai dari Sektor ICT JPN menelefon sekolah untuk mendapatkan butir-butir syarikat Komputer dan Kontraktor Pembersihan. Pemanggil dipercayai lelaki Melayu.  Sekiranya pihak tuan mendapat panggilan telefon bertanyakan butir berkenaan sila ambil langkah berikut;1. Jangan memberi apa-apa maklumat kepada pemanggil. 2. Dapatkan nama penuh dan nombor telefon PEJABAT pemanggil. 3. Hubungi nombor telefon PEJABAT yang diberikan untuk kepastian. Untuk makluman, semua...

Selasa, 10 Januari 2012

1BestariNet

1BestariNet? Apakah ia?. Bagi yang pertama kali mendengarnya pasti tertanya-tanya apakah ia, adakah satu lagi program kerajaan selepas 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. 1BestariNet merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan satu perkhidmatan capaian Internet yang berteknologi tinggi dan pantas untuk kegunaan di sekolah bagi menggantikan TM School...

Selasa, 3 Januari 2012

Lanjutan Tempoh Interim Talian Internet 2012

Untuk Makluman Pihak Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memutuskan semua sekolah dibawah pengurusan KPM adalah dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan internet dengan pembekal perkhidmatan sedia ada atau memilih mana-mana penyedia perkhidmatan internet (ISP) lain bagi mendapatka sambungan perkhidmatan internet di sekolah-sekolah sepanjang tahun 2012 sehingga...

Page 1 of 4512345Next
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More